Wednesday, February 9, 2011

MENYELERAKAN

Assalamualaikum WBT
pernah dengar nama buah ini...'Timun Betik' ??
hamba dulu, tidak mengenali langsung sehinggalah mak hamba mengajar hamba menyediakan cendol buah timun betik...
kalau makan begitu sahaja, kurang manis dan gebu..tapi wangi..
jadi, apabila dibuat cendol, rasanya lebih sedap dan sesuai dijadikan hidangan manisan..
rumah hamba ada tanaman ini dan baru-baru ini telah mengeluarkan hasilnya.
jom, hamba nak buat cendol buah..
gambar di atas adalah gambar buah timun betik..bila sudah masak, kulitnya sangat mudah dikupas macam kulit pisang..bila dibelah dua, seperti ala-ala betik..
selepas dikupas kulit dan dibelah buah tersebut, potong dadu pula..
kemudian, masukkan santan dan manisan secukup rasa..hamba guna manisan nipah.boleh juga dimasukkan manisan lebah, manisan tebu..
akhirnya, sudah siap dihidang..

selamat mencuba..
ringkas..
Wassalamualaikum wbt..

4 comments:

Cik As said...

titayu da toleh tawen ta..teeee

ilahjy said...
This comment has been removed by the author.
hidayu said...

cik as-ish2....tak toleh ag laa...hehe
mak long ilah-Waalaikummussalam..akan tiba biji benih ke rumahmu..InsyaAllah...tp take time sikit sebab ayu masih di kampus..memang susah ditemui buah ni.maklong, ayu tak tahu nak delete komen mak long..jd moga2, tiada org lain amik no.tu.nnt mak long glamour pula..hehe.trima kasih dtg ke sni..

Linda Musa said...

sedap...dah lama x makan timun susu nie...sgt suka makan masa kecik2 dulu...is it possible to ask ayu benih buah nie mcm mak long gak? really want it...ayu boleh email akak kat hello.angah@gmail.com...nnt akak reply ayu...will pay the cost of it as well...terima kasih (: