Wednesday, June 29, 2011

DAURAH IPT 01 NEGERI KEDAH

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, berpeluang mengikuti daurah lagi..
bertempat di Pusat Pendidikan Al Islah, Sungai Petani, ayu dan ju ambil keputusan utk join daurah ini kerana memikirkan sudah lama hati tidak diberi makanan yakni tarbiyah..
lagipun, memang kami selalu mengikuti pelbagai program yg dianjurkan Ikram utk pelajar dan masyarakat..
utk kali ini, Ikram Kedah menganjurkan pula daurah peringkat pertama yg disertai oleh pelajar-pelajar IPT, antaranya dr USIM, IPDA, UITM, UIA dan beberapa lagi..
selain itu, para akhwat dan ikhwan yg masih muda dan berkerjaya juga menyertai program ini,
di antaranya, doktor, guru dll...
rata-rata peserta adalah berumur 18-25tahun, kalau ayu tidak silap, InsyaAllah...
secara keseluruhannya, Alhamdulillah...
banyak manfaat yg diperoleh dalam daurah kali ini...
selain mendapat ilmu2 baru, dapat juga bertukar pendapat dgn sahabat2 akhwat baru yg dtg dr pelbagai bidang pelajaran dan kerjaya..
tambahan lagi, berjumpa dgn sahabat2 usrah yg sudah lama tidak berjumpa...
dan paling mengejutkan, 
ayu berjumpa kawan sekelas ayu semasa berada di Astech dulu, Nurul 'Ain Syafie...
ternyata diri kami sama-sama telah berubah dr segi penampilan yg menjurus kepada penjagaan aurat yg rapi..
namun, gaya dan cara percakapan tidak jauh berbeza, itu yg membolehkan ayu mengenali dirinya..
moga kita bertemu lagi, InsyaAllah...

isian pertama program adalah slot 1 iaitu Ceramah "Syahadatain" oleh ustaz Wan..
ustaz membawa para peserta menyelami lebih mendalam mengenai kalimah syahadah yang sering kali kita ucapkan terutama dalam setiap kali solat..
kemudian, selepas berhenti rehat utk minum pagi selama 25 minit, program diteruskan dgn slot 2 iaitu "10 Muasofat Tarbiah"...
slot ini dikendalikan oleh seorang ustaz dr Indonesia yg menetap di Yaman (InsyaAllah, kalau tidak silap)..
Alhamdulillah segala keterangan yg diberikan utk setiap Muasofat adalah terperinci dan difahami..
dalam pelbagai dialek yg dibahaskn oleh ustaz tersebut, ayu berminat pd 1 perkataan indonesia ini..
"BERWIRASWASTA"..
pd mulanya, agak kepeningan utk memikir maksud perkataan ini...
rupa2nya, maksudnya 'berdikari'...hehe

InsyaAllah, next entry, ayu nak kongsikan di sni ilmu yg ayu dpt dr daurah itu...

 Alhamdulillah, para akhwat dan ikhwan fokus kepada setiap ilmu yg disampaikan...sungguh bermanfaat..

Sesi taaruf akhwat dilakukan, bermula berkenalan melalui pembentukan kumpulan berdasarkan warna stokin, hinggalah pembentukan kumpulan berdsarkn tahun lahir..
kemudian, para peserta diberikan kertas utk melukis wajah sendiri dan dikumpulkn di tengah bulatan...
lukisan2 diagihkan secara rawak dan meminta para peserta mencari pemilik lukisan wajah di kertas seterusnya mendapatkan serba sedikit detail dirinya....
sesi taaruf diteruskn dgn memperkenalkan pemilik lukisan yg pserta miliki...

then, semua peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan dan diberi tugasan utk melakonkan salah satu muasofat tarbiyah...
 antara group yang berlakon, group ini mendapat tugasan "mampu bekerja"..
ini group ayu..where am i, tu yg pakai tudung hitam, nasib baik tak jelas muka...kami mendapat tugasan "Ibadah yg sahih"..

program ini adalah bertarikh entry ini ditulis iaitu 29/6/2011 bermula pukul 9pagi - 5 petang...
moga kita bakal berjumpa lagi...InsyaAllah..

Alhamdulillah, syukur tak terhingga kerana dapat menghabiskan waktu kepada aktiviti dan program yg bermanfaat...sesungguhnya pada majlis ilmu itulah ketenangan di hati..
dan sesungguhnya hidup di dalam jemaah sgt digalakkan dan disukai Allah kerana disitu melalui perpaduan dan kumpulan yg dibentuk, Islam tidak akan berpecah dan diri sentiasa berada di bawah payung tarbiyah bersama-sama rakan-rakan daurah, usrah dan lain2...

sekian, Wassalamualaikum wbt...

No comments: