Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN

Assalamualaikum..
ramadhan menjelang lagi..
Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan kepada kita menemui bulan rahmat dan barakah ini lagi.

menjelang Ramadhan kali ini, ayu bersyukur tidak terhingga kerana dapat menjalani ibadah puasa di kampung halaman bersama mak dan ayah tercinta.

September yang bakal menjelma akan menyaksikan sebuah penghijrahan perjuangan anak kampung ke peringkat Ijazah di bandar besar, Shah Alam,meninggalkan ayah dan mak di kampung.

Justeru, ayu akan menggunakan peluang bersama mak dan ayah sepanjang bulan Ramadhan seterusnya beraya bersama yang Allah kurniakan dengan sebaiknya.

terima kasih tidak terhingga kepada sahabat2 perjuangan kehidupan yang terus meneruskan menghadiahkan SMS indah ungkapan salam Ramadhan kepada ayu.terima kasih atas ingatan...

tidak dilupakan jua kepada saudara mara yang turut serta mewarnai inbox nokia ayu dengan pelbagai bunga2 bahasa salam Ramadhan.

tiada kata-kata dapat disirat dan disuratkan melainkan, rasa syukur dan bahagia dengan segala rahmat Allah..

sebenarnya, bulan Ramadhan adalah suatu bulan yang penuh dengan keberkatan dan peluang meraih pahala berlipat ganda. namun, semua terletak dalam hati dan diri kita sama ada mahu merebut peluang itu atau mensia-siakannya...

moga, kita semua akan mengguna setiap detik di bulan mulia ini utk memantapkan amalan2 wajib serta mengerjakan amalan sunat dengan sebaik mungkin.InsyaAllah..

Salam Ramadhan Al-Mubarak...

12 comments:

mohdhazlan Dreadlock said...

selamat berpuasa:)

excellence!

dhiera zainudin said...

selamat berpuasa ayu..

dan selamat belajar untuk capai ijazah!

salam perkenalan~

Ayu said...

hazlan- selamat berpuasa jua...=)

Ayu said...

dhiera- selamat berpuasa dhira..=)
thanks for the wish, InsyaAllah. akan blajar bersungguh2...
salam perkenalan...=)

paaduu said...

selamat berpuasa ayu..:)

Ayu said...

selamat berpuasa paaduu...=)

Unknown said...

ayu da intai2 G.A sy,..joinla skali,.. Salam Ramadhan jge

Cik tikah said...

hati2 kat kl nanti :0 selamat berpuasa :)

Far8 budak baik said...

pehhh mesti dpt mcj
byk sgt ni kn...
selamat berpuasa jugakk ehhh
selamat berbuka..jgn
lupe meriam buloh mlm ni haha

Ayu said...

elixindora-intai2 G.A, ok nnt sy join intai..=) slamat mnunaikan ibadah puasa...

Ayu said...

cik tikah-InsyaAllah..takut jugak but xpe, ia 1 perjuangan...salam Ramadhan

Ayu said...

farid-okeh2...sediakn buluh betong yer, kabat beli kat kedai, sumbu dah da...
mlm ni, serang kampung sebelah..hehe..
lawak je...ada lak gtu, tggu la nk rya nnt, men mercun bawang..hehe