Sunday, January 23, 2011

1 TAHUN BERLALUNYA SEBUAH PEMERGIAN



23 Januari 2010..
dia pergi mengadap Ilahi terlebih dahulu sebelum hamba..
dia pergi membawa kenangan-kenangan dan amalan-amalan di dunia bersama..
dia pergi tanpa di duga waktu itu..

23 Januari 2011..
tiba-tiba, setelah 1 tahun masa berlalu..
hati kembali sayu mengenangkan arwah insan yang pergi tidak kembali...
tidak putus-putus doa utk dirinya..
semoga dia tenteram di alam sana...
berlegar-legar wajah tawa, tangis dan nakalnya..
sayup-sayup kedengaran suaranya..
namun, itulah dinamakan tinggalan sebuah pemergian..
kehilangan seorang insan yang menjadikan diri hamba "mak su"..
yang sentiasa berkongsi suka duka bersama..
yang menjadikan hamba sahabat setianya..
semoga dia tunggu hamba di alam sana..
hamba rindu dia kerana Allah..
Wahai Tuhan kami! Ampuni dosa kami dan tutuplah kesalahan kami serta wafatkanlah kami bersama-sama orang yang baik-baik. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami akan apa-apa yang telah Engkau janjikan dengan perantaraan rasul-rasul Engkau dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat kelak.

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau dan sediakanlah jalan yang lurus bagi kami untuk menjalankan urusan pekerjaan kami. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta jauhkanlah kami dari azab neraka.

Ya Allah! Kau ampunilah dosa-dosa kami dan dosa kaum muslimin dan muslimat yang telah meninggal jadikan kubur mereka dan kubur kami nanti seluas-luas taman syurga Mu.

3 comments:

nadz said...

Salam,
telah tersurat perginya dalam usia sebegitu..sedekahkan fatehah untuknya..ameen...

Ayu said...

waalaikummussalam...
ameennn....
itu la mama nadz, susah nak terima..
tp ni la qada n qadar Allah..
trima ksih mama nadz..

Dila Halim said...

pemergian yang tidak disangka..
setiap kali teringatkan arwah air mata laju berguguran.semoga dia bahagia di sana.Al-Fatihah