Sunday, June 26, 2011

KITA TERUSKAN USAHA WAHAI AYAH

Bismillahirrahmanirrahim..
kini sudah menjadi rutin dalan kehidupanku,menjadi jururawat peribadi merangkap personal driver for ayah.
rasanya dengan kudrat ayah buat masa sekarang, agak sukar bgnya utk memandu dan melakukan kerja2 yg berat..
memang ayah masih boleh memandu kereta auto, tetapi jika sejam lebih berada di atas kereta, kaki dia mula terasa sengal dan lebih tak bermaya..
keadaan ayah ayu skrang, masih tiada perubahan ketara..
baru-baru, dia dimasukkan ke wad di Penang KPJ Specialist Hospital selama 4 hari. Sepanjang ayah di sana, hamba dan ibu berulang alik dari rumah ke Seberang Perai (70KM).
selain menghadiri appoinment di hospital, ayah juga melakukan perubatan urutan di daerah Yan. 

namun, baru-bar ini, ayu tak setuju apabila perubatan melibatkan bomoh dan paranormal yg bg ayu hanya merumitkan keadaan tp what can i say, mungkin keadaan ayah terdesak dan terasa diri dia terlalu lemah menggalakkan dia mengambil tindakan utk menjemput bomoh dtg rumah dan mengendalikan perubatan..
apa2 pun, ayu langsung dan 100% tidak yakin dengan hal mcm tu..kenapa perlukn paku, duri, kayu2, dan sebagainya , sdgkn hanya Allah yg berkuasa..
memang tidak dinafikan ada penggunaan ayat2 lazim Quran digunakan tp manakah tajwid dan sebutan yg betul??adakah hanya membaca utk mengaburi mata2 yg memandang.
adakah juga perlu kata-kata mentera yg bukan2 yg org lain sendiri tidak memahaminya..tak sangka perubatan sebegini masih digunapakai dan dpercaya oleh sesetengah org.
bila ditanya pd ayah, ayah menafikan bahawa dia mempercayai, dia hanya merungkaikn bahawa hal ini semua adalah usaha..
apa2 pun, pada mulanya, hamba ikuti apa aktiviti yg bomoh tersebut jalankan, tp bila dgr jampi serapah yg bukan2, hamba mula tarik muka (menyangkal) dan mengundur diri masuk ke bilik..
bukan hamba tak pernah memberi nasihat pd ayah mengenai hal kurafat ini, tp biasalah..mungkin sukar bg seorang bapa menerima nasihat seorang anaknya yg masih mentah dan belum berpengalaman hidup seperti dirinya..
moga Allah melindungi kami sekeluarga dr segala kemungkaran dunia..Aminn...

selain perubatan lain, ayah juga menjalankan perubatan mandi wap, semuanya sendirian berhad, hasil dr titik peluh mak mencari bahan-bahan seperti daun serai, daun kucai dan halia.direbuskan hingga molek seterusnya wap rebusan td digunakan utk menyelubungi ayah di dalam gulungan tikar..
teknik mandi wap terbaik ni, boleh dicuba...=) hehe

tak tahu nak kata apa, masih dalam usaha apa2 pun...
mungkin belum jumpa perubatan yg sesuai..
Wallahualam..

thats all..
Assalamualaikum..

8 comments:

Cik As said...

salam..
macam lawak lak tengok tempat mandi wap tu..u bila nak cuba??hehe...

Ayu said...

waalaikummussalam..haha, hasil kreativiti i n mak i tau...
i cuba?
kang lg kedeking i..hehe

Anonymous said...

Semoga ayah ayu akan terus mendapat kekuatan untuk sembuh... rajin2 mengaji di rumah.. Doa dan Tawakal.. Aminn..

Linda Musa said...

jgn putus usaha n doa.neway kalau x keberatan bole akak tau ayah ayu sakit ape?

Ayu said...

Anonymous-terima kasih...Amin.InsyaAllah, ayu akan cuba usahakn apa yg terbaik utk dia..

Ayu said...

linda musa-kak linda, ayah sakit urat saraf bahagian kaki, tp punca n specific sakit tu xdkenal pasti lg...
InsyaAllah, ayu tabah...=)

Citrus Azwa said...

cian paklong...huhu..aritu xdpt mlawat paklong..t ada msa dan diizinkan akan hadir...

Ayu said...

dtg la kak wa..serius rindu anda sih..