Sunday, September 11, 2011

JALAN-JALAN CARI FAKULTI

Assalamualaikum wbt

hari ini, hari yang ke-3 ayu berada di Shah Alam...
kalau diikutkan, ayu akan keluar dgn kakak pupu ke pekan dan makan2 tp
raya kan sebulan, masih ada undangan open house yang perlu dia penuhi..
so, she's saying sorry...but never mind, tak rasa apa pun...
ayu pun tak nak susahkan siapa2..^_^

hari ini, banyak spend time dengan roomate, Hafsah..
dan kak fatin iaitu naqibah semasa di UiTM Kedah...
kak fatin tidur di bilik ayu...lama tak jumpa, jadi hari ini dpt la spend time bersama...
kebetulan kak fatin mengenali hafsah sebagai rakan Ikram di sini..
anyway, Alhamdulillah..
ayu dipermudahkan Allah utk menyertai usrah di sini dengan pertolongan kak hafsah dan kak fatin...

pada petangnya, dalam pukul 6 ptg...
ayu bersama hanim, liyana, syikin dan b pergi cari jalan ke fakulti..
Alhamdulillah, jalan yang kami lalui mungkin jalan yg terdekat dengan kolej kediaman...
 selepas menaiki tangga yang curam...dengan mengah2nya, jumpa la fakulti kami...
selepas melalui bawah bangunan, kami pulang ke kolej menerusi jalan yang jauh...
 sempat snap...bukan bangunan belakang tau, yang belakang tu, bangunan fakulti pergigian...fakulti ayu dan fakulti pergigian bersebelahan sahaja..
nun atas di sana...fakulti sains sukan dan rekreasi...

bangunan paling besar bg ayu kat sini...fakulti kejuruteraan...

itu la serba sedikit yang disnap sepanjang perjalanan menjelajah di sekitar UiTM...
esok, bakal mendaftar di fakulti...
kemudian , mungkin akan diberikan jadual dan plan of study...
InsyaAllah, bersemangat nak berjuang kerana Allah ni...

jumpa lagi...
sekian, Wassalam..

12 comments:

zulhilmi.tempoyak said...

nnt ad pluang kte jumpak la ek...

tp segan la..

ayu pndai sgt...

huhu

Cik Miera said...

selamat belajar ye ayu.. :D

Ayu said...

zulhilmi-aiseh...pandai sgt apa lah tu...ramai student dlm uitm ni..entah jumpa ke x rakan2 blogger..

Ayu said...

cik miera-thanks..hope u too..all the best!!

khairul said...

study rajin2 tau

fairus said...

UITM DAH BANYAK BERUBAH...

Ayu said...

khairul-InsyaAllah..terima kasih..i'll do my best...

Ayu said...

fairus-mungkin berkembangnya teknologi dan intelektual para pelajar yg menyumbang kearah perubahan infrastruktur dan sistem dalam UiTM..=)

Linda Musa said...

penat eh?...itulah dia UiTM Shah Alam...bukit tangga semua tue x boleh nak dipisahkan...selamat berjuang...nnt ada masa akak g amik ayu bawak g makan2 yerp...dekat sgt dah...rugi kalau x jumpa...heh!

Ayu said...

kak linda-yaka..aduhai kak, ayu dah naik fobia dgn tangga..tmbah2 tangga depan tadika UiTM tu...
tengok seram jer..
naik tangga kat situ, ala2 cinderella...
very slowly n be care on that...hehe

InsyaAllah kak, memang hajat hati nak jumpa akak...
ritu ada perasan mcm akak, tp mgkn org lain kot sbb ayu xcam muka akak sgt..huhu

Citrus Azwa said...

wahh,,tq update pic ni smua..rindu la...dulu pusing2 nek moto keliling uitm...hahaha

Ayu said...

kak wa-mai la sini..kita pusing2 lagi..=)